Bila Buat Phd

Saya tahu dah ramai diantara pensyarah kita dapat biasiswa PhD. Ada yang akan belajar di Australia, New Zealand, sedikit di UK dan ramai juga di Malaysia. Tidak kisah di mana kita belajar, yang penting, kita tamatkan pengajian dan bawa balik segulung PhD. Dalam seminggu yang lepas, saya teringatkan bila tamat aje kursus 'research methodology', dah ada yang kecut perut, sebab rasanya payah betul nak buat PhD. Dalam kepala, dah nampak 'sign' gagal atau lambat tamat. Saya bertemu dengan rakan-rakan, selalu pesan, be positive, anggap buat PhD ni enjoy, dan kalau rasa kepala dah tepu, sila banyak-banyak berdoa, pergi melancong sehari dua. Pergi Cameron Highland, dan jangan bawa laptop. Kira honeymoon le. Saya juga syorkan kepada bakal-bakal pelajar PhD supaya dapatkan contact rakan-rakan yang akan buat PhD atau yang sedang buat PhD. Kenapa? Penting, sebab kita boleh berkomunikasi, berbincang, face-to-face atau melalui Internet. Jangan buat PhD sorang-sorang, sebab bila duduk sorang-sorang kita akan mula rasa de-motivate, so, rakan-rakan PhD penting untuk bagi semangat-tamatkan pengajian. Kita boleh check samada kita progress atau tidak berbanding dengan rakan-rakan PhD lain. Paling tidak, kita boleh 'relax'kan diri dengan bersembang 'kosong' bagi menghilangkan tekanan. So, perlu adakan group PhD sendiri, supaya kita tak duduk keseorangan menghitung hari. Tekanan memang banyak, salah satunya faktor yang menyebabkan kita tidak berapa berjaya ialah kita sendiri. Apa taknya, research pun tak tahu nak buat, memang kita pernah hasilkan banyak research papers, tapi betul ke cara kita. Buku rujukan kita ada ke, paling kurang kita ada buku Uma Sekaran, dan Hussey and Hussey. Basic research tak kuat, payah nak buat PhD. Dah faham ke jenis data, kaedah penyelidikan, ect, termasuk analysis data (quantitative study). In short, kita kena faham betul bagaimana nak buat research. Kalau tidak, susah kita. Kalau belum mahir, sila belajar dan jangan malu-malu bertanya kepada supervisor atau rakan-rakan yang 'pandai'. Buat PhD ni tak ada keadah malu-malu, sebab kalau malu-malu, jawapannya jadi pelik PhD kita nanti. Tekanan lain, supervisor, bila ada dua tiga orang yang tak sependapat. Payah juga sebab mereka yang akan bagi markah. Untuk selesaikan masalah ni, kita perlu study latarbelakang supervisor sebelum bersetuju untuk ambil mereka sebagai supervisor. Kita kena tahu 'angin' di antara co-supervisior. Tekanan ketiga, selalunya dari management, kalau management lembab, kita okay, jadi tak okay juga akhirnya. Sebab, pengajian kita akan berlarutan. Ini pengalaman saya dan Intan. Sampai kena libatkan orang besar-besar UiTM untuk presure management di universiti saya/Intan untuk perabih PhD kita orang. Tekanan lain yang turut menyumbang ialah sanak keluarga. Keluarga yang faham akan layan kita macam pelajar, tapi yang tak faham akan anggap pengajian PhD kita macam kita duduk 'vacation'. Sekejap-sekejap kena balik kampung sebab ada kenduri kahwin, kenduri arwah, kenduri cukur jambul, ziarah orang sakit...so, masa buat PhD ni ialah dugaan buat tugasan khas bagi keluarga di kampung yang semakin menimbun berbanding sebelum buat PhD. Jangkaan sanak keluarga yang cuti belajar PhD tu berehat panjang, sebab tak nampak kita pergi kelas hari-hari. So, betul juga jangkaan mereka. Kita explain macam viva-voice, tapi mereka 'kurang' faham juga. Suami/isteri dah mula tarik muka bila kita selalu lambat balik rumah, weekend tak pergi jalan mana-mana. Anak-anak nak pergi tasik kat Shah Alam pun tak boleh. So, pressure jugakan. Hah...pengalaman buat PhD sebenarnya menyeronokkan. Tabahkan hati. Saya selalu pesan pada diri sendiri dan rakan-rakan PhD, setiap kita ada dugaan masing-masing. Usaha, berdoa, tawakkal...dan selalu buat begitu. It's just a matter of time...dah dapat PhD, seronoknya lain...betul

Comments

Anonymous said…
Terima kasih di atas nasihat2 berguna ini...

-hazel-
Syah said…
Saya nak tubuhkan kumpulan ni...

Ada yang berminat???

regards,
Protem Kump 1
0xff said…
TQ bro.
Sudah ada phd atau sedang dalam proses PHd?
Anonymous said…
Perlu ke ada research yg banyak sebelum buat PHD? Ok tak kalau buat PHD direct selepas habis master?
Anonymous, apa yang saya bincang ini merupakan pengalaman saya sewaktu buat PhD. Dengan bertambahnya buku serta artikel yang dihasilkan dapat meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang penyelidik. Untuk buat PhD, lebih awal, lebih baik, dan tersangat baiknya jika selepas master. Ini bergantung kepada kemampuan serta kos pengajian yang akan ditanggung.
Anonymous said…
Terima kasih atas komen saudara. Saya memang ada cita2 nak sambung PHD cuma takde keyakinan memandangkn research saya pun tak banyak dan tak pernah berpeluang utk publish dlm journal. Mungkin saudara ada idea bagaimana saya boleh dptkn tajuk2 yg menarik yg mungkin boleh dikembangkan utk pengajian phd. TK.
Anonymous, lagi baik kalau saudara/i contact saya melalui e-mail: zaidiuitm2000@yahoo.com atau tel: 012-686 0035. InsyaAllah saya akan cuba untuk membantu. Perbincangan ini memerlukan fokus dan banyak perkara boleh dibincangkan termasuk perancangan membuat PhD.
Gopal Manikam said…
Saya baru nak mula buat master by research dalam bidang Elect Engineering. Mungkin ada tips2 untuk memulakan dan mengakhirkan research ni dgn baik..
Husna said…
thanx for the advice..saya baru nak mulakan pengajian di UTM..masih takut-takut..:(

Popular Posts