Masa Buat PhD

Masa buat PhD, kita mungkin akan terlalu kusyuk menyiapkan kerja-kerja penyelidikan berkaitan. Kalau dihitungkan masa dari hari isnin sampai isnin minggu yang lain, memang tak ada masa, hanya melakukan perkara rutin PhD; baca artikel, buat kerja lapangan, jumpa supervisor, jumpa rakan-rakan PhD atau kadang-kadang tak buat apa-apa, sebab kepala dah tepu. Dalam masa buat PhD inilah kita harus produktif. KIta tidak mahu hanya sekadar tamat pengajian PhD, tapi tidak ada sumbangan apa-apa. Lepas buat PhD baru nak mula buat buku dan penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi, sedangkan rakan-rakan PhD kita yang lain tamat dengan PhD, buku, artikel dalam jurnal berimpak tinggi, pingat dan seminar paper peringkat antarabangsa. Sememangnya, ada yang berkata bahawa masa buat PhD kita tidak mampu menghasil apa-apa, sebab takut gagal PhD. Mana ada masa nak concentrate benda lain. Saya kurang bersetuju dengan pendapat sedemikian. Sebenarnya, Allah beri kita 'banyak' masa dan yang paling penting bagaimana kita menguruskannya. Perancangan masa semasa buat PhD amatlah penting. Anda mungkin berasa hairan bila mana dalam masa PhD kita mampu menghasilkan beberapa artikel dalam jurnal berimpak tinggi, 'seminar paper' di peringkat antarabangsa di luar negara, buku akademik, dan memenangi pingat pertandingan rekacipta di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Saya telah mengesyorkan perkara di atas kepada beberapa rakan PhD di UiTM, dan AlhamduLillah semuanya berjaya dilakukan dengan sempurna. Rakan-rakan PhD seperti Puan Zarina Denan, Encik Mohd Bahrin Othman, Encik Hairulnizam, Encik Fahmi, Encik Oswald, Puan Zatul, Puan Norashikin berjaya menghasilkan buku berkisarkan PhD mereka. Paling seronok bila mana kita boleh 'quote'kan nama kita dalam PhD thesis sebagai rujukan. Tahniah juga kepada Puan Norashikin Hussin kerana dengan research paper beliau dapat diterbitkan di International Journal of Innovation and Learning, sebuah jurnal antarabangsa berimpak tinggi di samping best paper di seminar antarabangsa. Begitu juga dengan Encik Oswald yang juga telah berjinak-jinak dengan pertandingan rekacipta telah berjaya meraih pingat gangsa di IID 2008, hasil penyelidikan PhD beliau. Tahniah juga kepada Encik Fahmi kerana berjaya dinobatkan sebagai 'best presenter' di seminar antarabangsa, Langkawi. Juga kepada rakan saya, Encik Zulkifli Mohamed bahawa paper beliau akan dibentangkan di Germany pada bulan Jun 2008 nanti. Betul tak bila saya katakan, masa buat PhD inilah masa yang paling produktif untuk kita buat banyak penerbitan dan pingat!. Nama-nama yang saya sebutkan di atas merupakan pelajar PhD yang masih berjuang tetapi pada masa yang sama mereka amat proaktif dalam menghasilkan buku, kertas kerja peringkat antarabangsa, dan pingat pertandingan rekacipta. Pengalaman kami berdua semasa buat PhD juga begitu. Saya dan Intan, AlhamduLillah, berjaya menghasilkan 5 buah buku akademik berkisarkan PhD masing-masing, 5 buah artikel dalam jurnal berimpak tinggi, 23 pingat pertandingan rekacipta dan 2 kali pembentangan kertas kerja penyelidikan PhD di luar negara. Semasa buat PhD juga kami diizinkan Allah berada di USA, South Korea, dan Switzerland. Sebab itu, saya katakan bahawa pengurusan masa itu amat penting dalam masa kita membuat PhD. Kalau tidak kita hanya pulang dengan PhD tanpa apa-apa buku, pingat dan artikel dalam jurnal berimpak tinggi. So, fikir-fikirkan lah...

Comments

Balkish said…
Dr. Ziadi,

Sangat setuju dengan your last 2 entries ni..emm menarik
Thanks Balkis, InsyaAllah kita akan teruskan usaha murni ni.
Syah said…
Saya sokong 100 persen!!!
Steven Charles said…
Hi Dr,
Bersemangat saya membaca artikel ini. Sekiranya Dr masih follow Blog Dr, saya ingin bertanya soalan ttg PHD,
Saya da tamat Master dan ingin memanjangkan CRACK ini ke PHD.
Saya harap dapat meminta pendapat daripada Dr mengenai hal ini.
Emel saya prodigyouth@yahoo.com
Thanks StevenCharles

Popular Posts