10 tahun dahulu

Masa remaja kawan,
(please jangan compare dengan sekarang ye!)
Lokasi: Bay City, Ohio

10 tahun dahulu, saya amat remaja, muda, dan slim betul. Bila dibelekkan gambar dalu, rasanya nak diet, tak makan malam. Insaf betul bila tengok cendol dan pasemboq rojak karim section 9. Kalau boleh, tiap-tiap petang nak jogging seround dua-tiga puluh kali. Gambar ni kenangan semasa saya mula-mula sampai di US. Kawa-kawan ajak pergi mimum angin sambil makan udara di Bay City, MI. Saya pun ikut aje, almaklumla, first-time jejak kaki kat negara orang putih. Bay City ni macam pekan koboi, tapi dekat dengan tasik (sebab tu nama Bay City). Cuaca masa tu suam-suam sejuk, dan sepoi-sepoi bahasa utara. Tak banyak aktiviti saya di Bay City, hanya ronda-ronda buah aje. Dah penat berjalan, kami semua balik ke kampus.

Comments