Salji

Lokasi: Fort William, Scotland

Bila masuk blog Khairil RPI, ada gambar yang menarik hati saya. Gambar snow!, MasyaAllah cantik sungguh, lagi menarik ianya diambil di hari raya aidil adha baru-baru ni. Lagi best bila tengok, anak-anak Khairil sibuk main snow. Huh...kat sini, kalau perasan nak main sajli kena ke Four Sessions House di Bukit Cherakah, Shah Alam, yang sememangnya tak berapa jauh dari rumah saya. Dah lama saya tak main salji. Teringat masa singgah di Fort William, Scotland, masa tu salji baru ada sikit-sikit. Tak berapa tebal. Park kereta tepi jalan, snaps seround dua. Boleh buat kenangan. Falsafah saya bagi salji senang-rindu hanya 5 minit aje, lepas tu dah rasa lemas, sebab sejuk sangat. Pula tu nak kena prepare macam-macam pakaian tambahan, baju sejuk la, kot la, payung la, setokin tahan sejuk la, baju tidur la. Costly. Kasut pula kena yang special punya sebab kalau nasib tak baik, jatuh macam nangka busuk, sebab tapak kasut tak bagus. Pernah saya terjatuh terduduk, mat salih pakat tolong angkat. Hah...kawan-kawan melayu kita pakat gelak. Lepas tu tak sampai dua tiga minit dia kedebukk...pula terduduk atas sajli. Ha, tadi ketawa kat aku, la ni hang kena habuan. Masa tu kami pakat gelak ramai-ramai, sampai mat & minah salih pun turut ketawa, walaupun depa tak faham apa-apa. Tompang ketawa aje.

Comments

Khairil Troy said…
Best main salji ni. Tambah2 bila ada snowball fight. Cuma yang letihnya, bila bangun pagi, tengok kereta dah tenggelam dalam salji. Puas la nak menyodok salji tu :) .
Tebal betul sajli kat Troy ye! Khairl, pernah tak terjatuh atas salji?
Khairil Troy said…
Pernah sekali ;) . Masa tu nak hantar Atiqah ke bus stop. Nasib baik salji baru turun, masih lembut so tak terasa sakit sangat :) .
yginsaf said…
ujan salji dinegeri orang, ujan banjir dinegeri kita, baik lagi negeri kita kan kan kan ..

Popular Posts