Nordin Haji Ramli

Din dan aku di depan Masjid Perisburgh, OH.

Di USA dulu, saya ada seorang rakan karib, Nordin Haji Ramli, anak saudara pendakwah terkenal, Datuk Dr. Haji Harun Din Al-Hafiz dan Datuk Haji Hassan Din. Kami berdua macam biasa aje. Bukannya warak, tapi ada la sedikit ilmu kucing siam + kucing kelabu. Semasa Din datang melawat saya di Ohio, saya bawakan beliau ke salah sebuah masjid yang terbesar di US, Masjid Perisburgh. Masjid ini dibina oleh komuniti muslim dengan perbelanjaan hasil sumbangan daripada orang ramai. Bila saya masuk masjid, AlhamduLillah besar juga, ada ruang untuk seminar, bilik bersantap dan ruang perpustakaan. Solat jumaat dibuat di sini. Kebanyakkan penderma merupakan golongan profesional arab yang berhijrah ke US. Mereka ini adalah doktor dan jurutera. Derma mereka bukan sikit-sikit. Depa ini terus bagi US100,000, tanpa rasa sayangkan harta. Kalau kita mungkin dok fikir dua-tiga kali nak hulur. Sepuluh ringgit pun rasa berat. Bagus betul kalau kita boleh ikut budaya infak mereka. Lepas melawat masjid ini, saya dan Din terus ke selatan untuk mengunjung kampus saya. Zaidi, hang ingat ha, kalau balik Malaysia nanti contact aku tau! Saya hanya tersenyum. Bila sampai di Malaysia, Din dah pun mendirikan rumah tangga dengan rakan belajar dari MSU. Lama betui tak jumpa mereka berdua, tapi tak tau di mana Nordin Haji Ramli la ni...

Comments