Graduation Day

Muka seronok + tak seronok masa graduation day

Pada tahun 1998, saya graduate dengan BSc. in Business Administration (International Business/Finance). Masa tu seronok campur tak seronok. Seronok sebab dah abih mengaji dan boleh balik ke Malaysia. Tak seronok sebab graduation day ni tak ada saudara mara Malaysia yang hadir. Iye la, mana ada duit nak datang US, kalau Ulu Selangor pun belum tentu lepas. Hanya beberapa orang kawan-kawan setia dari universiti berdekatan yang datang meraikan kami. Biasa la, bila ada orang melayu, havoc sikit la. Bertepuk sakan member-member yang hadir. Bagi semangat kesukanan sikit. Upacara graduation di adakan dalam gelanggang basketball. Kalau kat Malaysia, dah sah depa buat dalam dewan besar universiti atau ditempah khas dewan di Bukit Jalil atau dewan orang ramai. Hanya Business School aje yang buat graduation pada masa tu. Schools lain akan buat pada hari yang berlainan. Sebenarnya graduation day tu dibuat selepas semalam saya ambil peperiksaan akhir. Result tak keluar lagi, tapi dah graduate...heh. Jubah graduation kena beli, hanya UD25. Ala macam baju hujan aje. Punya la saya pilih sebab mat salih kat sini, tinggi-tinggi-saiz tak kena untuk saiz orang Malaysia. Yang muat hanya saiz orang pompuan, so saya beli yang tu. Graduation kali ni hanya saya dan abg Khaidzer aje. Itu la muka melayu yang ada pada masa tu. Mat salih pula tak formal langsung, pakai seluar jeans dan T-shirt naik pentas, of course depa sarungkan jubah depa. Kalau kat Malaysia dah tentu kena pakai neck-tai, lengan panjang, berkot hitam pula. Kat sini cincai la. Hah...rasa lapang bila dah tamat pengajian, rasa nak balik Malaysia terus dah...teringin nak pekena laksa penang, pasamboq mamak..cendoi...miss woo...

Comments

Popular Posts