Sahabat dari RPI, New York

Gambar hiasan: Ripley's Believe It or Not! Ada believe ke Dinasour duduk atas atap rumah!

Saya menerima satu e-mail ringkas daripada saudara Khairil yang sekarang berada di Troy, NY. Seronok rasanya bila ada yang ingin merapatkan siratulrahim-di antara rakyat Malaysia yang berada di Malaysia dan di USA. Dulu masa saya di US, berasa amat seronok bila dapat perkhabaran daripada rakan-rakan dari Malaysia. Lagi best, bila dapat bercakap online bersama mereka. Pernah sekali saya "beronline" dengan seorang pegawai kastam dan banyak perkara kami berbincang, bercerita dan kadang-kadang sampai dua-tiga jam. Bukan awek, tapi rakan yang ingin berborak dan bersantai. Kenapa lama bersembang? Apa taknya semuanya free aje, melalui internet. Kalau ada rakan-rakan yang berjauhan di tanah seberang, US, UK, Ireland, Russia, Canada, Australia, NZ, dan lain, anda dipersilakan menceritakan pengalaman berada di sana. Boleh hilang sedikit kerinduan kita pada emak abah, sahabat handai dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Buat pengetahuan, saya sekarang dah bermastautin di Shah Alam. AlhamduLillah, saya akan bertugas di Fakulti Pengurusan Perniagaan UiTM Shah Alam pada hari isnin ini. Kena cari bilik dulu...

Comments