Form 5


Kenangan sewaktu di sekolah menengah memang banyak. Tentu anda semua ada kenangan manis dan kurang manis sewaktu belajar dulu. Saya tak terkecuali. Rizaimi, Fairuz, James, Irfan, Mat, Murugah, Lau Sau Siang, Noramila, Lizawati, Murni, dan lain-lain rakan-rakan dalam kelas 5 Sc 1 dulu mengancam habis. Paling seronok bila mana kelas kami dinobatkan kelas paling kotor dalam sekolah. Menarik bukan? Thus, bukan main berang lagi guru kelas kami. So, semenjak tu kami ada tugas 'pembersihan' yang perlu dilaksanakan. Apa lagi jawatankuasa khas setaraf tribunal dibentuk bagi menyelesaikan masalah kelas-maruah beb. Kata sepakat ahli tribunal, iaitu bagi mencantik dan menjernihkan kelas kami ialah dengan mengadakan acara mengecat kelas. So, kami pakat gotong-royong mengecat dan bersihkan kelas dalam hari sabtu, ada yang datang dan ada yang tuang. Ada yang datang tapi jadi mandur pun ramai. Ada banyak alasan paling munasarawak yang diberikan, contoh; I tak boleh cat nanti kuku I rosakkk...Kalau I bersihkan kelas nanti terkena 'ash-ma', teruk tau...begitula. Satu lagi, bila kami cat kelas, maka kelas yang lain pun pakat cat kelas depa juga. Mulalah jadi pertandingan cat-mengecat secara tak formal. Ada pula cikgu yang nak minta kami cat kelas depa. Kami hanya senyum aje. Natijahnya, dalam satu blok ada berbagai color kelas, seperti kaler biru, biru laut, coklat muda, coklat tua hitam dan etc. Akibatnya, kelas kami jadi cantik dan baru. Pengumuman yang dibuat oleh Pengetua pada sessi perjumpaan pagi Isnin disambut meriah oleh ahli jemaah kelas. Kelas terbersih minggu ini ialah...kelas 5 Sc 1...Chewah..tersengih semua rakan-rakan termasuk guru kelas...Begitulah keputusannya sampai beberapa kali kelas kami jadi juara kelas terbersih...Anda ada pengalaman yang sama?

Comments