Research Methodology Workshop, Johor

Baru aje dua hari meninggalkan kampus UiTM Johor, Segamat, saya dan Intan bergegas pula ke sana. Kenapa ye? Ada sedikit kerja. Saya dan Intan dijemput sebagai penceramah research methodology. AlhamduLillah, saya dan Intan selamat sampai di kota impian Segamat dalam pukul 10.00 malam. Lepas ambil LO di pondok pak guard UiTM, saya terus meluncur laju ke Hotel Gold Lake. Bilik kami cantik, besar dan ada dua katil. Mesti harga dekat RM200. Oleh kerana rasa terlalu penat, tak sampai 2 jam, lampu terpadam. Lepas subuh, saya dan Intan bersiap sedia ke UiTM Segamat. Harga bilik encik RM118 ye. Alamak murahnya! Kalau bilik yang duduk semalam tu terletak di Lembah Klang, tentu harganya dah sampai RM200-paling kurang tu. Oleh kerana terkejut dengan harga istimewa bilik tu, saya dengan penuh bersemangat berkobar-kobar memandu ke kampus. Dalam perjalanan, hujan turun renyai-renyai. Bila sampai di kampus, saya dan Intan berehat di common room. Masa tu tak ramai lagi yang datang. Dalam pukul 8.00, dewan dibuka, bermulalah saya dan Intan menyiapkan barang pameran-medal, poster, brochure dan buku-buku-lagak macam baru buka kedai kat pasar pagi. Peserta dah ada yang tunjuk muka, dan bilangan mereka semakin ramai. Saya dan Intan ditempatkan di tempat yang berasingan. Saya di LT1 manakala Intan di LT2. Bengkel dimulakan dengan Pertandingan rekacipta, bukan apa, ianya untuk menaikkan semangat peserta untuk buat research. Kalau saya mula dengan problem statement, nanti takut ada peserta pula yang terproblem buat kuak lentang dan sentiasa amat setuju dengan apa yang disampaikan. Dry sangat topik research, so kena bagi umpph dulu. Lepas ceramah pertandingan rekacipta, peserta dijemput untuk melihat, menanya, menengok atau buat apa-apa dengan barang pameran kami. Lepas tea break, saya mula dengan bengkel research methodology. Ada dekat dua jam saya menyembang pasal research. Waktu petang saya tambah pula sedikit hidangan dengan ceramah penulisan dalam refereed journals. Bengkel hari tu diteruskan dengan penyediaan proposal bagi peserta. Penutupan bengkel dilakukan oleh TP Akademik, dan kami pun balik...opss tak terus balik sebab kami kena ambil beberapa barang di Kolej Mutiara. Dah selesai pindahkan barang, saya dan Intan terus memecut laju ke Shah Alam. Waktu tu hujan lebat, mata dah mula mengantuk, so saya singgah di Ayer Keroh. Makan malam di sana. Sampai di Dengkil, mata menjadi terlampau berat, laksana jentolak yang menolak mata!. Masa tu, Intan mungkin dah sampai di Jerman, tengah main snow. Patut pun nampak Intan dok tersenyum dalam tidur. So co-driver saya tertidur, tak dapat nak tukar shift. Apa lagi bila sampai di R&R, saya berhenti kereta, dan tidur sampai berdengkur. Dalam 30 minit, saya start balik kereta terus ke Bukit Bandaraya...Mengantuk woo...

Comments