Jurnal

IMDS Cover

Ramai yang masih keliru dengan status sesebuah jurnal. Terdapat beberapa status bagi jurnal iaitu, jurnal perdana (flagship jurnal), jurnal antarabangsa, jurnal refereed, dan jurnal professional. Status tertinggi bagi jurnal ialah jurnal perdana kerana pengaruhnya dalam international citations. Kebanyakkan jurnal perdana didokong oleh beberapa orang profesor dalam sesuatu bidang dan kebanyakkan mereka adalah dari luar negara. Jurnal perdana banyak diterbitkan dalam Emerald, Proquest, Elsevier, Inderscience, Science Direct, Sage, etc. Jurnal perdana sangat prestij kerana penerimaan untuk penerbitan yang begitu sukar sehingga ada yang mengatakan bahawa jika 1000 artikel yang dihantar untuk penilaian, hanya satu akan diterima untuk penerbitan. Ini adalah kerana reviewer dalam jurnal ini mempersoalkan "so what about the article", yang dalam 'fulfill the gaps of knowledge'. Jika anda berjaya menerbitkan artikel anda dalam jurnal perdana, anda akan dapati bahawa jurnal ini akan diberikan penanda aras semacam ranking, iaitu "impact factor" yang menunjukkan nisbah citations yang dibuat ke atas jurnal berkenaan. Semakin tinggi nisbah bagi impact factor, maka semakin tinggi ranking jurnal berkenaan. Sebagai contoh, 2.2 impact factor bagi jurnal perdana terbitan Emerald, Industrial Management and Data Systems (IMDS) dalam tahun 2006. Angka impact factor akan berubah pada setiap tahun kerana ianya bergantung pada jumlah citations yang dibuat oleh penulis-penulis jurnal perdana lain. Oleh yang demikian, hantarlah artikel anda ke jurnal perdana kerana ianya akan menaikkan nama anda di kalangan penulis-penulis artikel antarabangsa, dan InsyaAllah anda akan dirujuk sebagai seorang 'expert' dalam bidang yang anda ceburi. (Penjelasan bagi jurnal yang lain akan dibuat kemudian...)

Comments