Kota Paris

Tersengih riang di sebatang jalan di kota Paris
Nota: Pak Arab yang dibelakang saya tidak terlibat dengan percutian ini

Paris!Paris! oh aku datang. Begitulah perasaan saya bila diberitahu oleh Bahrin yang dia bercadang ke France. Perbelanjaan ditanggung beres. Bertuah betul percutian saya. Mula-mula bercadang nak berjumpa teman Bahrin di UK, tapi sekarang ni nak ke France pula, biasa la adat nak tengok menara berkarat tu-apa ke nama epel of tourr? Kami naik ferry dari portsmouth dengan bayaran 30 pound sterling. Kami bertolak malam. Besar betul ferry ni, dekat 9 tingkat. Perjalanan dari Portsmouth ke Caen, France mengambil masa selama 8 jam. Kami tidur aje, sebab terlalu letih. Masa tu mat-mat salih dok mabuk. Leceh betul dengan perangai depa ni. Bising sampai ke pagi. Sampai di Caen dah siang. Mula la kami semua tak faham bahasa rakyat France, sebab boleh dikatakan depa ni tak suka bercakap inggris. Di Caen kami naik keretapi ke Paris dengan menggunakan matawang Franc. Masa tu dah mula pakai ribu-ribu Franc ni, buat susah juga nak mengira. Duit ni pula, bila ambil sat aje abis...barang kat France ni mahal. Perjalanan dari Caen ke Paris mengambil masa selama 2 jam. Keretapi dia orang laju betul, tak sama macam kat sini. Tak bergoyang langsung. Diam aje bila berjalan. Tak nampak pula keretapi langgar ayam itik yang melintas rail keretapi secara haram. Bagus betul sistem keretapi France. Sampai di Paris, kami mula jadi "perak" sebab terlalu kagum dengan keindahan bandar Paris. Bangunan di sini berukir-ukir macam daun mempelas dan daun pegaga. Seronok-seronok juga, tapi hati dok risau sebab tengok banyak sangat polis dan tentera France yang ke hulu ke hilir dengan spetol lengkap dengan "misin gun". Buat ke dia orang buat eksen nak tanya kita, dan kita pula tak pandai cakap 'France', susah juga kalau teraniaya duduk dalam jail dia orang. Kurus kering jadinya. Masa tu dok berdoa aje. Kami cepat-cepat keluar dari stesen keretapi. Cuaca di Paris masa tu amat sejuk. Walaupun tak ada salji, tapi bila berangin, MasyaAllah menusuk ke dalam kalbu...cewah berpalsampah pula ye...(bersambung)

Comments

intan salwani said…
Jangan lupa dengan janji nak bawa intan ke kota Paris..... akan dituntut hingga ke akhir hayat!!!

Popular Posts