Invention competition

Pagi tadi saya dan dekan berbincang agak lama, mengenai pertandingan rekacipta. "Zaidi, tolong fakulti ye, sebab kalau boleh tahun 2008 fakulti akan naik sedikit". InsyaAllah saya akan usahakan. Begitulah yang saya janjikan kepada dekan. Baru tadi saya menayang beberapa contoh reports dan pamplets untuk pertandingan rekacipta. Kalau boleh Dr., ambil projek yang dah dilaksanakan dan apply by industry. Ada tak? "Ada kita beberapa program yang macam tu", balas dekan. Saya pula menyampuk, "Tunas mekarkan boleh. Hah satu lagi macam J-Corp tu pun boleh juga sebab dah buat MOU dengan J-Corp tu". Heh...banyaknya projek kita Zaidi ye...boleh tak minggu depan kita meeting dengan semua ketua projek tu. Sekurang-kurangnya kita dah ada beberapa produk untuk Invention, Innovation and Design (IID) bagi tahun depan. InsyaAllah Dr....begitu seronok saya tengok dekan saya tu. Apa yang saya boleh katakan ialah InsyaAllah, saya cuba...amanah kita perlu laksanakan.

Comments