Statue of Liberty Kontot

Lokasi: Bandar Paris yang ada Statue of Liberty Kontot!

Semasa menyusuri sungai dalam pekan Paris, saya dan Bahrin terserempak dengan satu objek yang memang terkenal, tapi anehnya-kontot betul! Siapa yang tak kenal dengan patung orang pegang api tu-Statue of Liberty di Manhantan, USA. Benda ini cukup terkenal sampaikan ahli silap mata terkenal, David Coperfield dah hilangkan benda tu dua tiga kali. "Okay kita ambil gambar dulu!. Saya pun bertenggek ke kanan dan ke kiri untuk ambil posing menawan dan Bahrin beberapa snap kali. Lepas tu giliran Bahrin pula. Snap sana, snap sini. Dengar cerita dahulu kala, Francelah yang sebenarnya mencipta Statue of Liberty, dan seterusnya menghadiahkannya kepada USA sebagai tanda persahabatan. Hui...hebatnya hadiah France tu, agaknya macamana depa ni angkat Statue of Liberty tu ha? Berat dan terlalu tinggi. Tak logik kalau hantar pakai kapal terbang atau tongkang dari France ke USA. Tak logik-tak logik. Tak perlu fikirkan, sebab bukan masalah saya. Buat apa nak gugurkan rambut fikir pasal Statue of Liberty. Baik fikir pasal kambing dan kurubau di kampung tu, ada juga faedah pembangunan pertanian negara. Setelah seberapa seketika dengan Statue of Liberty kontot, kami teruskan perjalanan ke "Epel of tourr". Tempat yang 'terpaling' untuk dilawati.

Comments

Anonymous said…
tidak pernah dengar kalau liberty statue dibongkar dulu -per bagian- kemudian dikirim ke US baru kemudian disusun kembali? makanya peresmiannya terlambat 1 tahun. padahal patung liberty adalah hadiah untuk hari ulang tahun amerika yang ke 100...