Anda pun boleh!

Salah satu aktiviti menerang, dan meng'explain'
Intan dalam salah satu aksinya di UiTM NS
Perjalanan ke UiTM Negeri Sembilan, Kuala Pilah, tak jauh tapi tak dekat. Lagu mana tu? Begitulah kata-kata seorang teman yang cuba menunjuk arah saya ke UiTM Kolo Pilah. Berapa lama drive? Alah tak lama sangat, kalau engkau sesat ambil masa sekerat hari, kalau okay, tak sampai 3 jam. Saya dan Intan memulakan perjalanan ke Kuala Pilah melalui jalan lama Gemas. Bawa pelan-pelan, takut tersalah jalan + kena saman polis, almaklumlah kadang-kadang terperasan bawa kereta F1, terlebih 90 kmj. Ada simpang ke Bahau, tapi saya terus ke depan, ke Seremban. Masa tu, rasa tak sedap hati sebab macam tak betul arahnya. Nak berhenti ke tak, kalau tak, sampai ke Kolo Pilah setengah hari nanti! Teringat kata-kata sumbing kawan kita tu. Bila ternampak pekan, saya terus masuk parking dan tanya pekerja bengkel. Depa semua nampak cuak sebab di situ hanya bengkel basikal dan moto, takkan saya datang nak minta dia betulkan kereta pula. Lepas saya bertanya, pekerja tu senyum balik, yang sememang dari tadi nampak panic, bagaikan ditanya polis trafik, sebab tak pakai helmet waktu bawa moto HONDA kapcai dalam kampung. Ala...abang patah balik dan kalau nampak simpang ke Bahau, terus masuk. Itulah jalan ke Kolo Pilah!. Saya pun berpatah balik dan sah, yang tadi tu simpang ke Bahau. Perjalanan makin lancar. Intan dah lama hanyut. Saya begitu tekun memandu sebab jalan sunyi. Hutan kiri kanan. Sampai pekan Bahau, dah nampak tanda jalan, Kuala Pilah. Masa tu lega. Tak sampai beberapa jam kami sampai di UiTM Kuala Pilah. Program start pukul 2.00 petang. Tepat pukul 2.00 petang upacara bermula. Peserta nampak begitu berminat dan bersemangat. Cabaran kami ialah semua pensyarah di sini pensyarah applied sains, dan kami berdua pula dari aliran bertentangan-social sciences. Harap-harap depa faham no, begitulah pesan kak Fid setiap kali hantar e-mail ke kami. Intan bermula dengan ceramah invention competition. Ada yang bersungguh-sungguh bertanya. Boleh ke kita buat ini, itu, dan itu...dan tak boleh ke...? AlhamduLillah, semuanya berjalan lancar pada peringkat ini. Pada sesi kedua, saya pula mengambil tempat untuk memberi input mengenai penerbitan dalam refereed jurnal. Dalam masa 30 minit, ceramah saya selesai. Peserta begitu minat bertanya, macam- research mereka laku ke untuk dipertandingkan atau diterbitkan dalam jurnal. Jangan risau anda pun boleh! (Kata-kata motivasi yang kerap kita dengar). Kami buat mini pameran di belakang bilik. Kami letakkan semua pingat beserta poster, contoh jurnal dan handout. Terima kasih kepada Kak Fid, walaupun dah sarat mengandung, tapi masih sibuk menguruskan ceramah ini. Masa itu kak Fid ada escord, anak perempuan beliau, comel, pada mulanya dia tersangatlah malu, tapi lepas tu...mama sana, mama sini...InsyaAllah kalau dijemput, saya dan Intan nak bertandang ke UiTM NS lagi. InsyaAllah bila kampus baru dibuka dalam tahun 2009...Tunggu Kak Fid...tunggu...

Comments