Malaysia Boleh!
Pertandingan rekacipta peringkat antarabangsa kerap diadakan pada setiap tahun. Pertandingan rekacipta yang dimaksudkan ialah International Invention, Innovation and New Technology Exposition (ITEX) merupakan pertandingan rekacipta yang setaraf dengan pertandingan rekacipta Geneve (Swiss), BIS (England), IENA (Germany), INPEX (USA), dan EUREKA (Belgium). Kebanyakkan peserta dari institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institut penyelidikan negara (MARDI, PORIM, IMM, SIRIM). Peserta luar turut mengambil bahagian di ITEX dan kebanyakkan mereka datangnya dari Taiwan, Iran, Korea Selatan, USA, UK, Australia, Hong Kong, Thailand, dan lain-lain. Pertama kali saya dan Intan masuk ITEX, rasa gerun yang amat sangat kerana pertandingan ini bertaraf lima bintang. Dalam kepala saya hanya dok terbayang macamana dengan jemaah pengadil yang akan menyoal kami nanti. Tentu mereka ini hebat, knowledgable dan sedikit kacak, atau garang, sibuk bertanya soalan atau... Tunggu punya tunggu, hari makin tinggi. Saya ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Suspen sungguh. Masa solat minta doa banyak-banyak supaya dipermudahkan segala kerja...Lepas solat saya terus bergegas ke booth, dan tak lama selepas itu, nama saya dipanggil dari jauh, Nooor...zaidi ada nampak Norzaidi! Hah! saya tu. Saya melambaikan tangan ke arah dua orang pengadil yang nampaknya begitu sibuk mencari booth saya. Ke hulu ke hilir bagaikan mencari tas tangan isteri yang hilang. Pada masa yang sama ada beberapa orang peserta yang sempat menyapa pengadil tersebut. Hah Datuk jadi pengadil kali nie? Pengadil itu tersenyum lebar dan terus pergi mendapatkan saya. Datuk? Kacau juga kalau dapat judge taraf Datuk...kalau datuk cucu tak pa juga, ni...Dalam dok berkhayal tu terpacul satu soalan dari Datuk berkenaan, "Apa yang awak buat ni?" Saya pun terus bercerita. Panjang lebar selebar roti jala mamak section 7 Shah Alam. Kedua-dua orang pengadil terus bertanya soalan dengan bertalu-talu, macam tembakan peluru yang tak henti-henti dalam dalam cerita kartun Ultraman. Lepas berhempas pulas dan rasa malas nak explain dah, saya rasa Datuk tu macam dah faham. Beliau cuba kaitkan model saya dengan model bapa pengurusan moden, Harry Potter, heh bukan... dengan model pengurusan Kotler. Tak sampai seminit, beliau dan rakan terus pergi ke booth lain. AlhamduLillah selepas menyembang sakan dengan Datuk tersebut maka tamatlah pembentangan kami...rasanya dekat 30 minit. Saya dan Intan rasa macam tak begitu yakin sebab, produk kami produk social science yang sememangnya tak ada ketegori di ITEX. Sebab tu Datuk tu tanya banyak soalan. Saya cuba bertanya siapa yang jadi judges tadi. Ooo....yang tu Datuk Prof. Dr. Baharuddin, saintis terkenal dari UKM. Hah..susah macam ni sebab depa memang hebat. Kalut juga saya. AlhamduLillah.., akhirnya paper ini menang juga pingat dan dibawa untuk bertanding di Seoul International Invention Fair. Pengajaran yang kami dapat ialah jangan selalu rasa bila judge nampak tak menyakinkan, kita tak akan berpeluang dapat pingat, tetapi kena berwaspada juga bila mana hakim selalu puji produk kita, tapi bila keputusan keluar...habuk pun tak ada. So kena banyak berdoa dan bersabar...
Comments