Perihal 3 tahun dahulu
Selepas 3 tahun dan 'confim' perkhidmatan, saya dan Intan mencuba nasib bagi permohonan biasiswa staff peringkat PhD. Pada masa itu, macam-macam komen yang datang. Awak muda lagi, baru confirm, tentu tak layak, awak tak pandai research lagi dan... Tengok orang...minta banyak kali, tapi tak dapat interview langsung. Kami berdua tak kisah sangat dengan kata-kata macam ni. Kami buat proposal PhD (setebal 60 mukasurat yang mengandungi chapter 1, 2 dan 3) dan hantar kepada Prof. Madya Dr. Muhd Hashim (mantan Pengarah UiTM Johor). Beliau sokong permohonan kami berdua...AlhamduLillah. Masa tu sangat bersemangat sebab Dr. Muhd Hashim kata proposal kami berdua sangat baik dan dah boleh collect data aje. Esoknya saya bawa proposal ke UiTM Shah Alam dan hantar kepada Prof. Madya Dr. Jamil (mantan Dekan FPP). Pada masa yang sama, kami memohon beberapa universiti tempatan dan luar. Intan dapat University of Glasgow, UK, University of Canterburry, NZ, University of Wales, Cardiff, UK , dan MMU, manakala saya dapat University of Liverpool, UK, University of Wales, Cardiff, UK termasuk MMU. Selang beberapa bulan kami berdua dipanggil untuk interview biasiswa PhD di BLPS. AlhamduLillah dapat juga kami interview...ini petanda baik. Masa tu saya bawa semua publications dan tunjukkan kepada panel. Diantara panel yang saya kenal Prof. Dr. Normah, Prof. Madya Dr. Rosmimah, bersama 3 orang yang lain. Dr. Normah bertanyakan bagaimana saya mengukur pencapaian pekerja. AlhamduLillah semuanya berjalan lancar. Prof. Dr. Normah cadangkan saya ke luar negara. Saya akur. Esok, sebelum Intan interview biasiswa PhD, saya dapat call daripada Dr. Jamil, supaya tajuk proposal saya ditukarkan dari kajian di Malaysia ke kajian di UK, sebab dia sokong saya belajar di UK. Masa tu saya kelam-kabut buat proposal baru yang sesuai dengan kajian di UK. Pagi-pagi lagi saya bertolak dari Segamat ke Shah Alam, serahkan proposal, dan Dr. Jamil berjanji akan cuba recommend saya ke UK...Setelah mendapat tahu yang kami berdua berjaya mendapat biasiswa, kami dipanggil untuk kursus methodology yang dianjurkan oleh BLPS. Masa tu saya tanya kepada peserta, dan semuanya mendapat biasiswa dalam negara dan paling best ada yang perlu belajar di UiTM. Di bengkel berkenaan, Datuk Prof. Dr. Sahol (mantan DVC Academic) menerangkan kepada kami kenapa peruntukan biasiswa tahun 2004 hanya dalam negara sahaja. Budget tak cukup, kalau hantar ke UK, hanya seorang aje belajar, jika dalam negara kita boleh tampung 10 orang pelajar PhD, so kena belajar dalam negara!...(bersambung)
Comments