Tokoh Penggerak Persatuan


Bila saya tengok Bashar, teringat masa dulu. Apa taknya, ke hulu ke hilir tengok Bashar sibuk menguruskan aktiviti pelajar. Sebelum belajar PhD dulu, saya bolehlah dikatakan aktif dengan aktiviti pelajar. Masa tu tak kahwin lagi, boleh concentrate lebih. Berbagai-bagai jawatan yang yang diamanahkan kepada saya, sebagai contoh, penasihat NADIIA, penasihat FISA, Resident Staff, Pegawai Kesatria (Kehormat), Motivator, Pengerusi Forum, Pengerus MWS, Penceramah macam-macam...dan AlhamduLillah, kerja kita ini dilihat oleh pihak pentadbiran. Pada tanggal 2001 saya dianugerahkan Tokoh Penggerak Persatuan/Kelab UiTM Johor. Syukur kerana tenaga yang saya gunakan dapat pengiktirafan universiti. Lepas tu, lagi semangat saya untuk joint dengan aktiviti pelajar. Siap tidur dekat Kampung Bukit Mambai, Labis, jadi anak angkat pengerusi kampung. Jadi anak angkat pengerusi kampung, di layan dengan hebat, dapat tidur dalam bilik istimewa, makan berdulang... Saya juga pergi ke Kampung Kuala Sungai Buaya, Muar, tak tidur di sana, tapi sempat makan dengan orang kampung. Boleh dikatakan kalau ada lawatan akademik pelajar, saya suka dan rela joint. Apa taknya dapat naik bas...Sebab tu bila saya lihat rakan-rakan yang aktif dalam aktiviti pelajar, saya puji mereka, sebab mereka sanggup korbankan tenaga, masa malah duit ringgit untuk menjaga pelajar UiTM Johor. So, teruskan usaha murni anda...InsyaAllah, Allah akan membalasnya kelak. Saya masih ingat kata-kata mantan TP HEP, Tuan Haji Razali, Zaidi!, kalau kita tak jaga pelajar kita, siapa yang nak jaga mereka? Semenjak itu saya aktif dan terus aktif sehingga sekarang, walaupun saya bukan lagi ketua RS, dan penasihat persatuan.

Comments

Popular Posts