Bengkel Penyelidikan di UiTM Johor


Bengkel Penyelidikan akan di adakan di UiTM Johor pada 5 Disember 2007. Bengkel ini merupakan anjuran URDC UiTM Johor dan Encik Zailani secara rasminya telah menjemput saya dan Intan untuk mengendalikan bengkel penyelidikan tersebut. Bengkel ini akan dijalankan secara hands-on di mana peserta (semua pensyarah UiTM Johor) diminta untuk membawa kertas penyelidikan masing-masing (kertas penyelidikan yang terdahulu seperti CSSR, kertas seminar lain yang pernah dibentang, thesis master atau mana-mana kertas penyelidikan etc.) bagi menambahbaik kertas penyelidikan berkenaan. Peserta akan didedahkan bagaimana mengenal pasti kesilapan yang sering dilakukan oleh penyelidik. Bengkel ini akan menyentuh semua aspek penyelidikan seperti membuat abstract, pengenalan, problem statement, research questions, objectives of the study, gaps of knowledge, justifications, operational definitions, literature review, theoretical framework, methodology, analysis of data dan recommendations/conclusions. InsyaAllah saya dan Intan akan cuba sebaik mungkin bagi menjayakan bengkel ini.

Comments