Milestones buat PhD


Ada kawan yang sedang buat PhD bertanya, bagaimana nak budget masa untuk PhD. Saya selalu pesan kepada kawan-kawan macam ni;

a. Literature review-3-4 bulan cukup, cari main article dan seterusnya cari latest articles berkaitan (2005-2007). Buat summary sheet. Berapa banyak aricle? Kalau boleh 250-400 articles. Banyak sangat...tak boleh baca macam tu. Tak apa, concentrate pada methodology, findings aje...kan buleeeh habis baca dalam 3-4 bulan.

b. Dari literature and pre-study, buat theoretical model/conceptual model.

c. Pilot test-1 bulan, kalau boleh cari respondents yang sama dengan respondents untuk actual data collection. Pakai instrument ape? Kalau survey, better pakai questionnaires. Jika nak interview, kena check samada respondents willing nak kena interview. Interview macamana pula? Structured, semi-structure, non-structured? Kalau interview dengan guna questionnaire, senang sikit sebab kita tolong isikan jawapan untuk respondents. Tapi kalau interview 'biasa' kena transcribe data dari tape. Dah jadi qualitative study. Kalau boleh cuba elak study yang guna dua kaedah, quantitative + qualitative = tak habis study...

d. Actual data collection-2 bulan.

e. Pada bulan pertama kita dah boleh tulis PhD, jangan tunggu sampai dapat data baru nak tulis sebab dah terlalu lambat.

f. Analysis data- 2 minggu

g. Internal checking by faculty members-1 bulan

h. submission-tahniah...sekurang-kurangnya dah tamat belajar, minor or major corrections, sama aje sebab kalau bagi 6 bulan untuk buat corrections, kita boleh siap dalam masa sebulan aje...

Conclusion= kalau boleh siapkan PhD dalam masa 2 tahun, 1 tahun untuk tunggu viva examination. Dalam masa menunggu viva atau bila free (jangan kata tak free, sebab kita dah set diri kita, bila mana buat PhD kita tak ada masa free langsung) please present paper PhD di International Conference di luar negara (bukan supervisor yang pergi, kita yang pergi sebab dapat feedbacks dari audiance), untuk makluman BLPS ada sediakan RM3200 seorang dalam tempoh pengajian. Buat paper dalam ISI-ranked jurnal, and buat buku dengan UPENA. InsyaAllah semuanya okay...Paling penting selalu DOA kepada Allah semoga segalanya berjalan lancar...Kepada rakan-rakan yang sedang belajar, selamat berjuang, tabahkan hati.

Selamat belajar.

Comments

Khairul said…
As..kum wbt

Zaidi,

very useful tips
Thank you very much for sharing

Khairul
Mummy's Centre said…
Salam Sdr Dr Zaidi...

Terima kasih. Very useful tips.

Azliza
Cikgu Ku said…
Salam Dr Zaidi, terima kasih untuk
Article yang sangat membantu...

Popular Posts