Pak Iran di Geneva
Saya tak berapa kenal dia ni. Orangnya berumur lingkungan 50 tahun. Tapi bila booth Iran bersebelahan dengan booth Malaysia, maka saya pun berkenalan. Saya memberi salam kepada beliau. Beliau menjawab salam saya. How are you? Soseh...soseh...saya tak jelas apa yang dia cuba terangkan. Dengan bahasa isyarat dia cuba menerangkan sesuatu. Suaranya kuat, tapi saya tak faham. Oooo..dia tak faham bahasa Inggeris. Lalu dia senyum aje, so terjadilah communication di antara ayam dan kambing. Main bahasa isyarat aje, tu pun kadang-kadang tak berapa clear apa yang dimaksudkan beliau. Lepas tu kami sengih, senyum sengih, dan senyum sengih. Saya tanya, apa yang dia buat di Geneva ni. Ceritakan product yang you buat. Dia tenung muka saya. Macam nak marah, lama juga. Last sekali dia tarik nafas dan cuba tunjukkan product dia kat saya. Kelam kabut inggeris dia. Saya pada masa yang sama buat-buat faham. Terangguk-angguk macam dok dengar khutbah jumaat. Makin lama, makin serious dia explain kat saya. Last sekali saya kata, okay dah...la brother...20 minit dah. Saya tak faham. Lain kali kita sembang lain dalam bahasa Melayu. Dia sengih juga dan terus salam saya. Kebetulan booth kami tak jauh. Kami nampak antara satu sama lain. Bila ternampak aje batang hidung saya, dia akan tangan. Nampak aje, dia angkat tangan. Tak apa la, dia baik hati tu. Time dia melawat booth saya dan Datin Prof Dr. Toh, bukan main ramah dia, bukan sembang dengan saya pun, tapi dengan Intan dan Datin. Huh...gatal betul dia ni. Datin Toh pun dah complain sebab, setiap kali datang ke booth dia, pak Iran ni selalu aje nak shake-hand. Kadang-kadang, bila Datin Toh nampak Pak Iran ni, dia pun terus larikan diri. Intan pun sama, malas nak layan...Selang beberapa bulan, saya ke ITEX, Malaysia dan terjumpa Pak Iran tu lagi, Tapi kali ini, dia tak kenal saya pun! Yang dia kenal isteri saya...Intan kata...Pak Iran ini buat dah perangai lama kat Geneva...
Comments