Menjana minat menulis


Penulisan ilmiah atau karya kreatif merupakan aktiviti ilmu yang penting bagi seseorang pensyarah. Bagi menggalakkan aktiviti ini maka, saya ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.


1. Untuk menulis buku ilmiah dan karya kreatif terbitan Unit Penerbitan Universiti (UPENA), anda hanya perlu menyiapkan manuskrip setebal 49 mukasurat, double-spacing, 12 font size times new roman. Kalau kita menulis 5 helai sehari maka akan mampu menghasilkan satu buku dalam 10 hari!


2. Bahan yang boleh digunakan: Manual pengajaran kelas/nota pelajar dan lebih baik kita cuba tambahkan fakta-fakta baru yang boleh diperolehi dalam internet, buku, atau jurnal. Quotekan nama-nama pengarang pada bahan-bahan tersebut. Paling penting setiap manual yang di-upgrade-kan perlu mengikut sekurang-kurangnya 80 peratus silibus universiti.


3. Paling mudah-dapatkan bahan yang telah sedia ada seperti thesis master anda, di mana up-grade-kan chapter two (literature review), untuk dijadikan satu buku. Rasa-rasanya literature review yang kita buat dah tentu hampir atau lebih daripada 49 mukasurat.


4. Compile kertas kerja/hasil penyelidikan dengan rakan-rakan yang mempunyai research interest yang sama/hampir sama. Tajuk manuskrip boleh diletakkan sebagai selection of research papers in....Yang penting, manuskrip perlu ada 49 mukasurat.


InsyaAllah dengan berbuat perkara di atas, anda mampu menghasilkan banyak buku dalam satu tahun. Teruslah berkarya & berkongsi ilmu.

Comments

Popular Posts