Tips untuk relax semasa buat PhD



Bila kepala dah berat, teringat nak tenangkan fikiran. Tempat pilihan kami berdua ialah Cameron Highland. Dalam buat PhD ni, dah lebih sepuluh kali pergi Cameron Highland. Cuaca di sana nyaman, ada sikit-sikit macam kat US-err...bukan Ulu Selangor. Di sini kita boleh sajikan mata kita dengan melihat alam ciptaan Allah...SubhanAllah...cantik sungguh. Amat tenang sekali, sesuai untuk cipta puisi dan pantun kanak-kanak. Taman Mardi, Tanah Rata juga menarik sebab banyak pokok bunga, ada ros, bunga raya, teh, orkid liar, ikan emas,...Kalau nak tengok taman pertanian boleh singgah di Cactus Valley, Berinchang. Tempatnya bertingkat-tingkat, ada cactus (nama pun cactus valley), berbagai bunga, pokok tomato, 5 musim, salad...kobis...Bila teringin nak main dengan rama-rama kami berdua pergi ke Butterfly Garden, Berinchang. Banyak rama-rama hinggap kat badan kami, jinak juga. Rasanya macam nak tangkap, bubuh dalam frame gambar. Dah letih berjalan, kami singgah pula di Boh Tea Plantation Rest Area, antara Habu dan Tanah Rata. Dari situ boleh tengok pohon teh yang menghijau,...memang besar betul ladang teh kat sini. Dah minum teh, kami berangkat kembali ke Tanah Rata untuk pekena nasi goreng. Kat Cameron Highland, kami suka cuba semua hotel. Paling best kat depan padang golf Cameron Highland...Kadang-kadang teringat nak bawa golf-set, tapi bila tengok padang tu rasa-rasanya 5-7 jam main baru habis, buang masa...datangkan nak berehat. Kami selalunya tinggal di Cameron Highland selama 3 hari. Selalunya kami beli bunga dan balik terus ke Shah Alam. Dalam perjalanan pulang, kami singgah pula di Tapah Rest Area. Beli jambu batu dan jambu air...Sampai di Shah Alam, terus relax. Besok sambung buat PhD....jumpa Zarina Denan, Hairulnizam, Oswald, Bahrin...sembang PhD...kat Fakulti.

Comments