Paling suspen


Dalam pertandingan rekacipta apa dia yang paling suspen? Tetttt...jawapannya bila waktu nak tunggu keputusan pertandingan. Saya ada juga bertanyakan rakan penyelidik seperti Prof. Madya Dr. Wan Yunus dan Prof. Madya Salimah dari Fakulti Sains Gunaan yang depa semua setuju bahawa waktu yang paling suspen dalam pertandingan rekacipta ialah semasa menunggu keputusan keluar. Masa tu rasanya macam menunggu keputusan SPM, kecut semua orang, yang sebelum ini ada yang pandai buat lawak bodo, tapi waktu tu dia yang paling pucat, bila kita buat lawak, sama-sama ketawa tak ihklas. Lepas tu saling berpandangan antara satu sama lain. Kenapa nak suspen? Maruah oi...maruah, sebab UiTM dan kontingen Malaysia harapkan kemenangan daripada kita, however, at last tara apa...Buat pula, semua penyelidik dapat pingat, tapi kita tak da apa-apa. Walaubagaimanapun, Prof. Dr. Azni, PNC Penyelidikan, sudah berpesan kepada semua penyelidik bahawa, menang atau kalah tidak menjadi ukuran, sebab kita yang terpilih untuk compete ini pun dah cukup bagus kerana terpilih mewakili negara. Pada masa tu semua mengangguk, tanda faham separuh-separuh-sebab kalau boleh tak mau la kalah. Bila keputusan dah keluar, semua orang tertumpu ke notice board, nak tengok apa yang depa dapat. Yang terlalu seronok akan terus lupa lautan + daratan + anginan sebab menang pingat emas. Lepas tu dia kalut tanya semua orang, hang dapat apa? Apa? Tak menang langsung, takkan besi buruk pun hang dak menang?? Huh! menirau darah kalau kena sergah lagu tu. Bagi yang "tertewas" tu mula rasa kecil, tak lalu makan, kalau ajak jalan-jalan pun dah tak mau dah, kurang selera...Bagi saya dan Intan, menang atau kalah itu adat pertandingan. InsyaAllah kita akan menang di kemudian hari, tetapi kena berusaha lebih keras lagi. Hang tak menang apa-apa ka? La dia ni tak habis lagi tanya orang ke? Macam tu la seorang hamba Allah yang pertama kali masuk pertandingan rekacipta dan pertama kali menang pingat peringkat antarabangsa...

Comments