Perihal 3 tahun dahulu (2)
Selepas mendengar taklimat daripada Datuk Prof. Dr. Sahol, ramai yang hendak tolak tawaran biasiswa Phd dan bercadang buat sendiri. Kami berdua, bersyukur sebab, dapat sambung belajar pun dah cukup nikmat. Tak kisah sangat di mana kami belajar, yang penting kami dapat PhD. So, kami sambung pengajian kami di MMU. Saya di Melaka, manakala Intan di Cyberjaya. Pada masa yang sama, CSSR 2005 dah dekat, so kami kena present paper di sana. Kami pun bertolak ke Terengganu, tapi kebanyakkan hotel dah fully-booked. Yang ada hanya Batu Burok Beach Resort, so kami decided menginap di sana. Malam tu kami jalan-jalan tepi pantai dan tak sangka jumpa ramai kawan-kawan UiTM Johor; Shikin, Bashar, Nini dan lain-lain. Besok kami kena present, so kena balik rehat dan tidur awal. Masa mendaftar kami terserempak dengan Prof. Madya Dr. Muhd Hashim. Sempat juga kami bertanya khabar. Di CSSR 2005 kami diletakkan di dalam kumpulan ICT bersama Prof Dr. Hazman Shah dan Kak Nab (sekarang di UiTM Shah Alam). Masa itu Prof. Madya Dr. Zaini jadi pengerusi. Lepas present kami pun balik ke Putra Height, Subang Jaya, untuk sambung belajar. Tak sangka pula, ada orang telefon yang beritahu paper kami dapat special award bagi research paper yang ada potensi untuk diaplikasi oleh industri dan dikomersilkan. AlhamduLillah. Atas kejayaan ini, Prof. Dr. Azni bawa paper kami ke IPTA R&D 2005 bagi mewakili UiTM. Tak sangka juga paper ini dapat pingat perak, dan Prof. Dr. Azni mencadangkan paper ini bertanding di Geneva, Switzerland. Dalam bulan Jun 2006, kami berdua berangkat ke Geneva untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan rekacipta di sana. Bermula dengan research paper ini, kami nekad untuk masuk pertandingan rekacipta IID yang dianjurkan oleh UiTM-Bank Islam Bhd. Dalam tahun 2006, AlhamduLillah, kami sekali lagi dipilih oleh Allah untuk mewakili Malaysia di Seoul International Invention Fair. Juga dalam tahun 2007, AlhamduLillah, research papers kami dipilih lagi ke Pittsburgh, USA untuk mewakili Malaysia dalam International Invention and New Products. Selang beberapa hari pulang dari USA, kami berdua bertolak pula ke Seoul, Korea untuk present paper di LSOM and BIT International Conference anjuran UCLA, Korea University, Samsung, dan Oracle. Ini semua kerja Allah, terfikir juga masa dahulu, yang mana kami agak "kecewa" sebab tak dapat belajar PhD di UK, tapi perancangan Allah lagi hebat. Dalam tempoh pengajian, kami sempat berada di luar negara. Buat masa sekarang, Intan dah melawat Belanda, Korea, Switzerland, USA, dan Taiwan. Allah sentiasa beri yang terbaik untuk kita, tapi kita tak tahu...syukur...syukur...
Comments