Perihal 3 tahun dahulu (3)


AlhamduLillah pada tanggal 15 Julai 2007, genaplah 3 tahun saya mengadap PhD. Saya sebenarnya dah habis viva pada bulan September 2006 dan submission for external examiners dalam bulan Februari 2007. Lama juga menunggu untuk dapat keputusan PhD saya. Dugaan..mungkin ini adalah yang terbaik bagi saya. Dulu saya pernah ajukan persoalan ini kepada mantan Dekan FPP, Prof. Madya Dr. Zaini samada saya perlu masuk bekerja dalam bulan Mac 2007 lepas. Dr. Zaini cadangkan supaya terus bercuti belajar sampai 3 tahun. Saya akur...Bila dah lama menunggu, saya minta Dr. Zaini hantar surat kepada Dr. Goh, Dekan, Faculty of Business & Law, MMU, tapi tiada jawapan. Bila masa semakin suntuk, saya pun tulis surat kepada President MMU, Y.Bhg Datuk Prof. Dr. Gauth Jasmon untuk mempercepatkan proses keputusan PhD saya. Beliau bagi respons yang baik, dan saya juga turut cc surat ini kepada Y.Bhg Datuk Seri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah. AlhamduLillah dengan surat ini semuanya berjalan lancar. Saya pernah bertanya kepada supervisor saya, berapa lama untuk tunggu keputusan PhD. Beliau menjawab; worst case ialah selama 2 tahun! Hebat...Dr. Chong Siong Choy merupakan supervisor saya yang ke-5. Buat pengetahuan semua, semasa di MMU saya dah ada 6 orang supervisors, dan kebanyakkan mereka tinggalkan MMU selepas mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Semasa submission for external examiners, saya tidak ada supervisor sebab beliau dah meninggalkan MMU. Supervisor pertama Prof. Dr. Ridzuan Nordin (sekarang di UMP), supervisor kedua Dr. C.N Sivanan (sekarang di Canada), supervisor ketiga Prof. Dr. Deivamani (sekarang di India), supervisor keempat Dr. Jayasheree (masih di MMU), supervisor kelima Dr. Chong Siong Choy (sekarang DCEO di PIC) dan terakhir Dr. Murali Raman (sekarang di Monash University, Malaysia). Itulah asam garam buat PhD...kena banyak bersabar dengan keranah manusia (i.e. keluarga, rakan-rakan, majikan, dan supervisors). Kepada rakan-rakan yang masih berjuang, tabahkan hati dan jangan hiraukan kata-kata orang yang sentiasa rasa yang tak senang hati bila kita habis pengajian. Berapa lama kita buat PhD, tu bukan persoalannya. Yang penting bawa balik PhD. Jangan hirau pada pertanyaan seperti, "bila nak habis PhD awak?". Kalau boleh tanya balik orang berkenaan dengan soalan, "Awak bila lagi nak sambung PhD?"...tentu dia terdiam dan malas nak menjawab!

Comments