Semakin hari semakin dekat


Begitulah, semakin hari semakin dekat saya dan Intan akan ke Shah Alam. Hanya tinggal beberapa hari sahaja. Bukan teruja, tapi rasanya tak bersedia, sebab banyak lagi tugasan yang perlu dibereskan. Minggu lepas sahaja, saya dan Intan balik ke Shah Alam sebab saya ada interview ringkas dengan Profesor Dr. Azni Zain Ahmed. Minggu depan, hari selasa, kena balik sekali lagi ke Shah Alam sebab saya ada temuduga kenaikkan pangkat. Thus, kena siapkan beberapa dokumen penting dan up-date CV. InsyaAllah, pada 5 Disember 2007 pula ada bengkel research methodology. Begitulah kehidupan. Kalau tidak dirancang, boleh rosak binasa. Kita juga sering diuji. Pada masa yang sama macam-macam karenah manusia yang kita jumpa, ada yang suka dan ada yang mencela; di depan kita dan paling banyak di belakang. Apa boleh buat, kitakan manusia! Saya dan Intan sentiasa bersyukur, kerana setiap kejadian itu ada hikmah dan Allah akan memberikan yang terbaik kepada kita. Saya sering berdoa agar Allah sentiasa menberi petujuk dan hidayahnya kepada saya, Intan, ibu-bapa kami, keluarga kami, serta sahabat handai. Kepada sahabah dan sahabiah yang akan menunaikan haji, saya doakan semoga selamat sampai dan balik serta dapat membawa pulang haji yang mabrur. InsyaAllah, saya dan Intan mempunyai hajat yang sama, akan ke tanah suci dalam masa yang terdekat. Bila di Shah Alam nanti, boleh restructure apa-apa yang terkurang. SubhanAllah.

Kepada rakan alamat rumah kami;

15 Jalan Gunung Nuang U11/9
Bukit Bandaraya
40170 Shah Alam, Selangor

Kat mana tu? Ala, tepi bukit cherakah, section 8 Shah Alam. Hanya 6 minit perjalanan dari kampus Shah Alam. Kalau apa-apa call 012-686 0035. Nanti kita boleh pekena laksa penang, special punya tau, sebab saya yang akan masak...

Comments