LAX Airport, Los Angeles, California

Gambar teksi di LA, warna hijau

Saya, Intan dan rakan (Dr. Jamaluddin, Dr. Rodziah, Dr. Ismail, Dr. Lee, dan Din), mula sakit pinggang dan pankreas bila sampai di LA, USA. Perjalanan yang begitu jauh itu, sangat membosankan lagi menakutkan. Apa tidaknya, tadi kat atas Lautan Pacific, kapalterbang MAS bergoncang-goncang dan turun-naik, banyak kali. Masa tu tengah dengar siaran sendayu tinggi, kita terus tukar ke siaran bacaan Al-Quran!. Rasa-rasanya jalan di atas tu banyak lubang, sebab tu turun-naik aje. Bila dah sampai di LEX airport, LA, kami pun terus ke kaunter immigresen. Muka bengis-bengis aje, mungkin nak ambil dia orang bekerja di immigresen USA, kena bermuka ganas, dan tersangat ganas. Jangan harapkan mereka ni peramah, pemarah adala. Lepas kena tanya berbagai-bagai soalan oleh si officer, kami terus ke tempat luggage, ambil beg masing-masing. Huh...beg saya koyak rabak! Takut juga manala tahu, mat-mat fit tu curi barang berharga (ada ke barang berharga dalam beg aku?) atau tumpang-tumpang dadah dalam beg kita. Gelabah juga. Last sekali, saya letakkan juga beg itu untuk diperiksa dan dihantar ke Pittsburgh. Masa tu kalau bergurau pun dah tak menjadi. Kan banyak cerita, kes naya bawa dadah. Kena pulak masuk penjara USA, kan teruk merana. Kita datang nak ke INPEX, last-last ke Abu Gharib. Masa tu kami teruskan perjalanan longlai ke domestic terminal. International terminal dan domestic terminal agak jauh. 15 minit perjalanan. Dalam dok berjalan-jalan tu kami dah mula jadi pelancong asli, snap sana, snap sini. Nampak aje teksi mat saleh, ambil gambar, nampak pak itam, ambil gambar, nampak tudung oren US, ambil gambar...masa tu boleh dikatakan kita semua tengah ambil kursus fotografi peringkat tadika. Pada masa yang sama, badan dah mula melekit, hapak, dan nak bagi wangi, kita bubuh bedak. So, bercampur bau wangi dan hapak badan semua orang. Rambut?, jangan sebut, masa tu paling layak dapat rambut style bangkit tidur version MAS. Cari tempat solat, dapat juga, sebab mat salih tu siap tunjukkan tempat lagi. Huh...best betul ada musola. Alih-alih bukan musola tapi tepi kaki-lima yang tersorok dari pandangan mata orang. Okey juga. Lepas solat, perut dah mula berbunyi kuat. Kami terus ke McDonald, depa semua pesan benda yang nak makan. Intan pesan kat depa semua, jaga-jaga sikit sebab kalau kita pesan fish-burger pun, tempat yang depa goreng bacon (bab....) pun tempat goreng yang sama. So, semua orang tak jadi beli. At last kami makan biskut kering aje...dengan lahapnya.....

Comments

ida said…
Salam.
Maaf, nak tanya. Masa sampai di LAX airport tue, kena lalu imigresen/kastam gak ke? Kalau tak lalu, xpe ke? Saya nak pergi ke Mexico. Jadi kena ambil Mexicana flight di Tom Bradley Intl Airport.
Assalamualaikum wbrt,

Ida, kalau tak silap saya you kena lalu imigresen/kastam dan teruskan flight ke Mexico.
ida said…
Waalaikumsalam & Assalamualaiku..
Dr Zaidi, terima kasih atas reply. Memang kena go thru diaorang. Garangnya.. Alhamudillah, saya lepas tanpa sebarang masalah. Nak tanya, kenapa baggage saya diaorg buka? Memang wajib ke? Masa di KLIA, saya dah balut plastik. Bila sampai di LAX, plastik masih ada cuma bila ambil beg di Guadalajara, plastik dah toada siap ada kesan torehan pisau. Barang2 berterabur..

Popular Posts