Perihal 3 tahun dahulu (4)


Syukur dengan pertolongan-Nya saya dan Intan dapat melaksanakan pelbagai aktiviti akademik sewaktu belajar dahulu. Dalam tempoh itu kami berjaya membawa pulang 14 pingat rekacipta dan innovasi, termasuk Anugerah Penyelidik Contoh 2007. Kami juga pernah mewakili UiTM dalam pertandingan innovasi anjuran MOSTI iaitu Anugerah Inovasi bersama Syarikat Swasta (AIPB) dalam tahun 2006. (Terdapat 60 produk yang ditapis oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dari pelbagai IPTA/IPTS/Institut Penyelidikan tempatan, hanya 14 produk yang masuk final termasuk 2 produk kami dalam final...AlhamduLillah, masa tu kami kena bersaing dengan saintis terkenal Prof. Datuk Zaini Ujang, TNC (Research) UTM..huh). Di samping itu kami juga berjaya menghasilkan 8 buah buku (akademik) di mana 3 buah buku telah diterbitkan dan yang selebihnya dalam proses penerbitan oleh UPENA. (Terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa menyokong-i.e. Fahmi, Hairulnizam, Oswald, Bahrin, Zarina, Eikin). Paling menyeronokkan, buku pertama saya yang dikatakan buku nota pelajar, pernah tersenarai sebagai buku paling laris UPENA 2006-(Terima kasih kepada rakan penulis Zulkifli Mohamed dan Abg Jaafar Mohamad, UiTM Perlis yang sentiasa membantu). Kami juga aktif membentangkan research papers di dalam (IID, ITEX, MTE, AIPB, IPTA R&D) dan di luar negara (Geneva, INPEX, SIIF, LSOM-BIT). Research saya pernah dianugerahkan "Research of the month for social sciences" oleh IRDC, UiTM dalam tahun 2007. Disamping itu kami berdua terus menghasilkan artikel dalam jurnal ISI-flagship jurnal. AlhamduLillah dalam tahun 2007, 3 articles kami telah diterbitkan dalam jurnal perdana (ISI-ranked jurnal), seperti Industrial Management & Data Systems (IMDS), Journal of Computer Information Systems (JCIS) dan International Journal of Management in Education (IJMIE). Satu lagi dalam proses revision (JEE), dan 7 artikel masih lagi dalam proses under-review. Kami juga pernah dijemput sebagai pengadil pertandingan rekacipta di peringkat antarabangsa dan ahli profesional antarabangsa seperti International Association for Computer Information Systems (IACIS, USA), Emerald Literati Networks (UK), dan kebangsaan, Malaysia Invention and Designs Society (MINDS). Prof. Dr. Faridah Hassan (mantan Dekan FPP, sekarang pengarah Centre of Business Excellent, FPP, UiTM Shah Alam) pernah menjemput saya sebagai penceramah bagi menerangkan mengenai pertandingan rekacipta kepada Fakulti Pengurusan Perniagaan, Shah Alam. Saya dan Intan juga pernah di jemput Penyelaras, UiTM NS untuk memberi penerangan mengenai penulisan international refereed journals dan pertandingan rekacipta kepada pensyarah dalam bidang applied sciences. Bila difikirkan perihal semua ini, memanglah rasanya agak mustahil sewaktu kita sedang buat PhD. Tetapi saya amat yakin kerana dengan pertolongan Allah, semua ini menjadi kenyataan. Nasihat saya jika sedang buat PhD, buat juga aktiviti akademik lain seperti terbitkan artikel dalam ISI-ranked journals, buku dan paling kurang present paper di International conference luar negara...InsyaAllah kita ada basis yang kuat masa defend proposal dan viva examination nanti.

Comments