Hakim yang pekak dan rabun


Al-kisah, ini merupakan pengalaman saya dan Intan sewaktu dipertandingan rekacipta di USA lepas. Di Geneve, kami dapat tiga hakim yang tak faham langsung Inggeris, sampai "what is your name pun" dia main angguk dan senyum aje. Kali ini di USA, kami dapat hakim yang pekak rabun dan terlalu tinggi. Mula-mula dia datang ke booth kami dan kami mula explained dengan semangat. Tak sampai dua minit dia kata, Henti-henti, aku tak dengar apa yang hang cakap-dalam bahasa omputih. So, saya pun pekuatkan sound, betul-betul dekat telinga dia. Huh..dia jerkah balik. Apa kuat sangat nih!. Perlahankan suara anda, sebab saya pakai alat pendengaran!. Sudah...susah betul orang tua ni. Macamana nak buat ni, so saya pun cuba cakap perlahan-lahan dan sedikit kuat, jadi turun-naik suara saya. Lepas itu dia marah pula sebab laptop saya diletakkan terlalu bawah sangat. Heh...dengan aku okay aje. Tapi dia complain juga. Dia cadangkan saya letakkan laptop saya atas kotak ke, atau apa-apa supaya dia tak tunduk sangat. Leceh betul bila dapat hakim yang terlalu cerewet nih. Saya pun bagi dia kerusi dan dia rasa lapang sedikit sebab nak berdiri rasanya boleh jatuh sebab dia terlalu tua, mungkin dia berumur 70 tahun. Lepas itu seorang hakim datang ke booth Intan dan mula bertanya. Sambil mengecilkan matanya dia cuma mengangguk-anggukkan kepala, tanda setuju agaknya. Masa tu Intan semakin rancak menayangkan slide-shows, macam-macam. Last sekali dia dengan nada yang selamba, dia kata dua lupa bawa "spek-mata" Alah...yang tadi kita present tu dia nampak ke?...Beriya-riya dia mengangguk, buang masa la lagu tu sebab dia tak nampak apa-apa...Begitulah pengalaman kami di pertandingan rekacipta peringkat antarabangsa. Macam-macam kerenah hakim, tak faham Inggeris la, rabun la, pekak la, terlalu tinggi la...macam-macam...AlhamduLillah semuanya baik, dan segala pengalaman ini amat berguna bagi kami.

Comments

Anonymous said…
finally, I could find your article again. You have few [url=http://tipswift.com]useful tips[/url] for my school project. This time, I won't forget to bookmark it. :)

Popular Posts