Perihal Research Methodology Workshop UiTM Johor
Pagi tadi saya ke 'bilik utama' pensyarah dan ramai pensyarah meminta saya untuk menambahkan bilangan peserta bagi Research Methodology Workshop yang akan diadakan pada 5 Disember 2007. Ini adalah kerana tempat sudah penuh!. Saya pun tanpa berlengah terus ke bilik ISO untuk mendapat kepastian. Benar...tempat dah penuh sebab selepas En. Zailani buat pengumuman mengenai bengkel ini melalui lotus note, dan tak sampai sejam dah fully-booked. Begitulah kata kakak yang bertugas mengambil nama peserta yang akan hadir ke bengkel ini. Saya pun berjumpa dengan AJK URDC, Norzie (Hamimah) dan minta usulkan pertambahan tempat supaya ramai dapat hadir. Kalau boleh saya cadangkan kita buat di LT aje. Saya juga telah memaklumkan perkara ini kepada En. Zailani dan InsyaAllah kita akan dapat maklumbalas pada hari jumaat ini.
InsyaAllah kalau tidak ada apa-apa aral kita akan adakan satu lagi bengkel penulisan proposal PhD/ research yang akan dianjurkan oleh URDC UiTM Johor pada 16 Januari 2008.
Selamat berbengkel.
Comments