Apa yang special di Segamat

Soto nasi Kampong Jawa, Segamat, Johor, Malaysia, Asia

Lepas balik dari interview, saya dan Intan terus ke tempat special di Segamat. Kat mana tu? Tempat ini special bagi kami, mungkin tidak bagi orang lain. RZ restoran la. Memang kami berdua tak pernah lepas peluang makan kat situ. Dari masuk kerja tahun 2000 sampai sekarang kami tak boleh tak pekena kat RZ. Waktu belajaq dulu, kami sanggup datang ke Segamat untuk pekena ikan keli goreng RZ. Memang ada orang berkata macam-macam kat kedai tu, ada hantu la, ada monyet la, tapi saya ingat pesanan seorang tuk guru, dia kata, hang nampak ke dia buat?, Kalau nak maju restoran petuanya macam ni, sedap, bersih dan murah. InsyaAllah berjaya. Teringat nasihat tu, saya tak kisah apa orang nak kata. Satu lagi tempat special kami ialah restoran soto kat kampung jawa. Kalau pi saya mesti pekena tempe goreng dengan soto nasi. Makan sampai berpeluh. Ada beberapa kali kami terpaksa patah balik ke kedai lain sebab kedai soto tutup. Kecewa betul sebab dah keluar awal-awal tapi kedai tutup. Tanya rakan-rakan di UiTM, kenapa kedai soto tutup. Memang la depa tutup hari Isnin. Oooo...lagu tu ka. Kadang-kadang bila datang lambat, kami tak sempat rasa tempe goreng. Frust betui. Tak pa, besok kami datang lagi. Awal pagi esok, kami datang, AlhamduLillah ada rezeki kami. Tempe goreng kami letak banyak-banyak dalam pinggan. Cicah dengan kuah sambal special. Terasa menjilat dagu rasanya. Begitula...Saya dan Intan sekarang ni, takkan lepas peluang untuk ke RZ dan kedai soto, sebab takut nanti miss pula masakan depa. Mana ada rasa restoran yang masak best macam ni kat Shah Alam. Hari itu, saya gatal-gatal mulut tanya tokey RZ, kenapa tak buka cawangan di Shah Alam. Dia senyum aje. Tak apa la, kat Segamat pun dah tak cukup tangan...kempunan la kami nak makan ikan keli goreng RZ...Tak nak buat francais soto nasi?

Comments

Unknown said…
Ni no tauke soto tu... 0127279224 law nak order or nk wat tempahan bole call

Popular Posts