Contribution to New Knowledge


Kebanyakkan penyelidik masih kurang memahami apa yang dimaksudkan dengan contribution to new knowledge. Sebagai penyelidik, contribution to new knowledge merupakan core subject dalam penyelidikan terutama bagi pengajian peringkat PhD. Ianya merupakan agenda paling penting dalam sesuatu penyelidikan.

Terdapat 3 tahap contribution to new knowledge. Pertama, tahap yang terendah ialah dengan mengemukakan model untuk penyelesaian permasalahan kajian. Model ini merupakan hasil dari kajian literatur dan preliminary study yang dijalankan dilapangan (field). Pada peringkat model, masih terdapat percangahan pendapat di antara penyelidik-penyelidik dalam bidang berkenaan. Ini adalah kerana setiap penyelidik mempunyai model mereka sendiri dan menyatakan model yang dihasilkan adalah lebih baik berbanding yang lain. Contoh model ialah the Technology Acceptance Model (TAM), the Technology Improved Usage Model (TECHPROVED), the Task-Technology Fit Model (TTF) etc.

Kedua, penyelidik boleh mencipta teori, yang mana pada peringkat ini penyelidik sudah hampir sebulat suara menyatakan persetujuan dengan teori yang disyorkan. Sebagai contoh; dalam teori ekonomi yang membicarakan mengenai hubungkait antara permintaan (demand), and harga (price) barang, menyatakan bahawa dalam situasi di mana harga barang yang mahal akan menyebabkan permintaan dari pembeli akan berkurangan, dan sebaliknya. Walaubagaimanapun, terdapat situasi di mana bila harga barang meningkat, terdapat banyak permintaan, seumpama orang kaya yang berlumba-lumba membeli kereta mewah, seperti ferrari, ect, walaupun harganya amat mahal!.

Ketiga, penyelidik telah mencipta satu law, yang boleh dikatakan semua pakar dalam bidang berkenaan sebulat suara bersetuju dengan pandangan berkenaan. Contoh, law of gravity yang tidak secara sengaja dijumpai oleh Newton telah digunapakai oleh sainstis bagi mengira graviti. Ini adalah kerana kita tidak boleh mengatakan bahawa sesuatu objek yang dilepaskan ke bawah akan terapung-apung, (kecuali di angkasa lepas!), selain ianya jatuh ke bawah sampai ke lantai. Satu lagi contoh, ialah semua planet berbentuk sfera atau bulat dan tidak ada saintis yang membidas law ini.

Kebanyakkan pelajar PhD akan menyumbang model bagi mengatasi sesuatu permasalahan dan secara amnya masih kurang yang dapat menghasilkan contribution to new knowledge ke tahap teori dan law. Ini adalah kerana ianya akan mengambil masa yang lama untuk menerangkan dan membuktikan teori atau law dan diterima pakai oleh pakar-pakar dalam bidang berkenaan.

Selamat belajar.

Comments

hiDAyat said…
salam
dr. Norzaidi tq for giving some information ttg contribution new knowledge ni. ia amat membantu sy mamahami psl contribution dlm research.

bolehkah Dr. terang lebih lanjut psl tahap terendah iaitu mengmukan model?
cz memandangkan sy student master by research yg target utk tamatkan research dlm tempoh yg minimum jd sy memilih utk kemukakan model dulu. tetapi sy msh kurang jelas apakah ciri2 yg sepatutnya ada dlm research (even scope yg simple & kecil)so that ia dikatakan ada value added/new knowledge contribution?
TQ

Popular Posts